SELAMAT DATANG KE SPLG SK BAGAN JERMAL SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN-KPM
Lawatan Penanda Aras
Sumbagan NGO
Bersama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Perkongsian Pintar
Bengkel berkumpulan
Taklimat guru

STRATEGI TIPS DAN BORANG PELAKSANA PLC

Strategi, Tips & Borang Pelaksanaan PLC

PLC adalah merupakan singkatan kepada Professional 
Learning Community atau Komuniti Pembelajaran Profesional.
 PLC menggalakkan kolaborasi yang lebih aktif 
dalam kalangan guru bagi menambahbaik kualiti PdPc
 dalam bilik darjah. Saya percaya semua guru pasti sudah
 maklum bahawa setiap PLC yang dilaksanakan boleh 
didaftarkan dalam laman e-SPLKPM. Rugi jika kita 
laksanakan PLC tapi tidak didaftarkan sebagai LaDaP. 


Terdapat banyak strategi yang digunakan dalam PLC, 
boleh rujuk dalam laman e-SPLKPM. Cuma di 
negara kita setakat ini lebih berfokuskan kepada 6 
strategi berikut: 

1. Lesson Study 

Lesson Study boleh dikatakan antara strategi 
PLC yang paling rumit dan mengambil masa. 
Namun, sebenarnya ia akan menjadi lebih mudah 
apabila kita sudah biasa menjalankannya. 
Dalam strategi Lesson Study, kita berbincang 
kaedah PdPc terbaik melalui rancangan 
pengajaran (RPH). 

Lesson Study melibatkan 3 fasa: 

(i) Pembinaan RPH melalui perbincangan guru 
dalam kumpulan (biasanya satu panitia) 
     - pemilihan aktiviti 


(ii) Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang
 telah dibina bersama & pemerhatian oleh ahli-ahli 
kumpulan Lesson Study 


(iii) Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH 
       - adakah aktiviti yang dipilih dapat membantu 
pelajar menguasai tajuk yang diajar? 


Sekiranya objektif yang disenaraikan dalam RPH 
tersebut dapat dicapai melalui aktiviti yang dijalankan,
 maka kitaran Lesson Study boleh dihentikan 
setakat fasa (iii) dan boleh diteruskan dengan 
perbincangan RPH untuk tajuk yang lain pula. 
Namun, jika banyak kekurangan yang dikenal
 pasti dan penambahbaikan dibuat, maka RPH 
yang telah dikemaskini diuji semula melalui
 kitaran yang seterusnya dengan mengulang 
semula proses (i) - (iii). 

Tips: Strategi Lesson Study boleh digabungkan 
dengan strategi lain seperti Teacher Sharing 
dan Video Critique. 


2. Peer Coaching 

Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior 
dan guru junior yang bertindak selaku Coach d
an Coachee. Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih: 

(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati 
(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati 
(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama. 

Tips: boleh dijalankan semasa proses pencerapan, 
juga boleh digabungkan dengan strategi Teacher Sharing. 



3. Teacher Sharing Session 

Sebenarnya, kita selaku guru sudah tentu selalu 
berbincang tentang kaedah PdPc sesama ahli panitia, 
cuma tak buat laporan saja kan. Jangan risau,
laporan TSS senang sahaja, hanya isi sahaja borang
yang telah disediakan dalam tool kit TSS. 
Jangan lupa ambil gambar dan lampirkan dalam laporan. 

Tips: TSS boleh dijalankan secara berkumpulan 
mahupun antara 2 orang guru sahaja pun boleh. 
Setiap kali berbincang, ambil gambar terus, 
laporan boleh disediakan kemudian. 



4. Learning Walks 

Strategi PLC yang paling rileks. Apa tidaknya, 
sambil-sambil berjalan sahaja sudah boleh 
hasilkan satu laporan PLC. Tapi, pastikan 
ada ilmu yang dikutip melalui pemerhatian 
terhadap pengajaran guru lain. Bukan berjalan 
kosong sahaja ye. Jika bosan atau mengantuk
 dalam bilik guru, jalan-jalan ambil angin sambil 
menimba ilmu. Best kan..? 

Tips: Masa berjalan tu, terus bawa siap-siap 
borang Learning Walks, isikan terus. Jika tidak 
nanti lupa apa yang diperhatikan dan laporan jadi 
bertangguh. Akhir sekali, laporan tidak dibuat, 
maka rugi lah. 


5. Video Critiques 

Video diambil semasa proses PdPc, kemudian 
ahli kumpulan PLC menonton semula video 
tersebut. Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai
 kaedah yang digunakan serta membincangkan 
penambahbaikan terhadap kaedah PdPc sedia ada. 

Tips: Video Critique boleh menjadi alternatif 
sekiranya tidak semua ahli kumpulan / 
ahli panitia dapat hadir semasa pelaksanaan 
Lesson Study atau Peer Coaching. Malah boleh 
dikongsi melalui aplikasi mudah alih seperti 
Telegram / WhatsApp / Skype dll. Proses 
perbincangan lebih meluas dan lebih fleksibel. 


6. Data Analysis 

Data Analysis biasanya melibatkan proses 
penilaian terhadap ujian/peperiksaan melalui 
analisis item yang dibuat. Kita tengok tajuk 
mana yang sukar dikuasai oleh pelajar, 
pelajar mana yang perlu diberikan perhatian 
lebih. Ini pun dah biasa sangat kita buat kan, 
cuma tak dokumentasikan saja, betul tak? 



Catatan: 

Perlu diingat bahawa setiap strategi PLC yang 
dijalankan adalah bertujuan untuk menilai dan 
menambahbaik pedagogi dalam bilik darjah. 
PLC dilaksanakan BUKAN untuk menilai guru 
yang mengajar. Guru-guru dalam kumpulan 
PLC juga perlu lebih bersikap terbuka dan 
bersedia untuk memberikan kerjasama dalam 
memastikan kejayaan pelaksanaan PLC secara berkualiti. 

TOOL KIT PLC 

Berikut merupakan senarai borang berkaitan 
yang perlu diisi bagi melengkapkan Laporan PLC. 

Selain daripada borang-borang ini, sertakan 
bersama RPH bagi tajuk yang dilaksanakan PLC. 

0 Comments:

TAKWIM SPLG SK BAGAN JERMAL

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP