SELAMAT DATANG KE SPLG SK BAGAN JERMAL SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN-KPM
Lawatan Penanda Aras
Sumbagan NGO
Bersama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Perkongsian Pintar
Bengkel berkumpulan
Taklimat guru

BOOK REVIEW

ULASAN BUKU LADAP PENGETAHUAN PROFESIONAL GURU (BOOK REVIEW ON FIRE SAFETY)



BORANG SINOPSIS BUKU


CONTOH BOOK REVIEW

                                      


1.
Nama Guru
2.
Judul
Pengurusan Keselamatan Kebakaran Di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan Swasta
3.
Bidang
Pengetahuan dan Profesional

4.

Sinopsis:
Pengarang : Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran
Penerbit : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
Jumlah muka surat : 36 Halaman
Tahun terbit:  2006 (edisi pindaan)
Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak boleh membantu pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam beberapa saat, manakala api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran, iaitu  dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-undang yang berkenaan.
5.
Nilai Pengetahuan/Pengajaran :

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti  (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan  (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)
6.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa
2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran

1 Comments:

sabrinnasaah 4 Mac 2022 pada 12:27 PG  

Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
Find Harrah's 남양주 출장마사지 Cherokee 군포 출장안마 Casino & 논산 출장안마 Hotel, 수원 출장샵 Cherokee (MapYRO) location, revenue, 부천 출장안마 industry and

TAKWIM SPLG SK BAGAN JERMAL

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP